Monday, June 29, 2009

Gelatin

Gelatin Halal adalah satu fenomena yang semakin ramai yang memperkatakannya. Dunia hari ini terus hangat berbincang tentang isu sihat ini. Hampir seluruh umat Islam menjadi bimbang dengan bahan yang dinamakan gelatin ini. Ianya menjadi tanda tanya samada ianya halal atau tidak. Misi kita di sini adalah untuk memahami dan mengenalinya dengan lebih lanjut lagi, seterusnya memilih jalan yang terbaik, suci dan HALAL. Di dalam pertemuan pertama kita ini, kami akan cuba untuk memberi informasi untuk anda sebanyak-banyak yang termampu. Insya-ALLAH.

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.
Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.
Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.
Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah: Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain) Puding, kek dan pai Gummi jelli, Pastil berperisa Yogurt, keju dan butter Ais-krim Pencuci mulut segera Gula-gula getah (Chewing gum) Produk-produk daging yang diproses Gelatin digunakan dalam produk-produk diatas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat.
"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

Bila bercakap soal makanan dan minuman mengikut hukum Islam, ada dua perkara yang sentiasa dipersoalkan, Halal dan Haram. Lawan Halal adalah Haram yang bermaksud tidak mengikut hukum Islam atau dilarang sebagaimana tertulis dengan jelas di dalam Al'Quran. Jadi, pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Kadang-kadang, ianya lebih mudah sekiranya kita hanya memilih untuk makan ikan atau sayur-sayuran sahaja, kan? Sebab ianya halal dan kita tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi. Tapi, sampai bila? Selepas sehari dua, mulailah mencari ayam, daging dan macam-macam lagi. Lepas itu, kita mula terfikir pula adakah ianya disembelih mengikut syarak ke tidak? dengan cara Islam atau tidak? Walau bagaimanapun kita akan terus tertanya-tanya dan tidak yakin dengan apa yang kita makan. Read more... Bagaimana pula dengan pencuci mulut? Pernahkah terfikir ianya halal atau tidak? Untuk pengetahuan anda, 90% daripada bahan yang digunakan untuk membuat pencuci mulut adalah menggunakan GELATIN. Dan kebanyakkannya datang dari gelatin yang diperbuat dari lemak babi dan sekiranya dari lembu, ianya amat meragukan kerana penyembelihan yang dipercayai tidak mengikut hukum Islam. BIMBANG!, RISAU!, RESAH... Itulah yang bermain di fikiran anda kan? Apatah lagi bila kebanyakkan kek, puding, ice cream, jelly, frozen salad, chocolates, gummies dan berbagai-bagai jenis masakan lazat dan pencuci mulut lagi yang menggunakan gelatin yang didapati dari lemak babi kerana ianya sangat murah!!! Pemilik restoran yang berugama Islam, tolonglah! Jadilah orang yang LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap perkara yang sangat sensitif di kalangan orang Islam ini. Tukang-tukang masak, Chef-Chef mesti tahu samada anda bahan yang digunakan di dalam makanan HALAL atau tidak. Anda mungkin hanya menghidangkan semangkuk puding atau sepotong kek sahaja untuk pencuci mulut tetapi tanggungjawab anda terhadap hukum Islam berada di dalam tangan anda. Ibu-ibu, suri rumah, anda wajib menjadi LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap keluarga anda. Selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah makanan itu Halal atau tidak? Anda hendaklah yakin dengan apa yang anda hidangkan kepada keluarga anda, kepada anak-anak anda. Ianya biarlah BERSIH, SUCI dan HALAL! desserts recipe.

Adakah anda ingat semua gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini hanya terdapat di dalam makanan? JANGAN TERKEJUT...ianya juga ada di dalam banyak jenis barangan-barangan lain lagi. Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah: Kapsul penyalut ubatan Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan Semua Minyak Wangi Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik Losen Badan, kaki dan tangan
"ASTARGFIRULLAH! WASPADALAH SAUDARA-SAUDARA KU! Sesungguhnya Iman kita yang lemah ini akan terus HANCUR hanya dengan memakan makanan haram dan menggunakan barangan haram. Sebab itulah ianya AMAT DI TEGAH didalam Islam!"BEBERAPA MASALAH SEKIRANYA ANDA TERUS MENGAMBIL ~ MAKANAN HARAM ~
>> Kehidupan kita tidak tenteram. Hasil daripada nutrien yang haram, kita akan dilanda pelbagai masalah dan kehidupan seharian kita tidak ceria serta selalu tertekan. >> Apabila kita memakan sesuatu makanan yang haram, ianya akan menjadi sebati dalam tubuh badan kita seterusnya menjadi darah daging kita. Lalu bala mulai melanda tanpa kita sedari mengapa dan sebab apa. >> Tubuh badan kita juga akan mudah dijangkiti berbagai jenis penyakit dan lemah sistem immuniti >> Apabila tubuh badan kita sarat dengan makanan haram, ianya akan mendorong kita berperangai buruk dan bersifat degil serta keras hati, berfikiran negatif, mudah berprasangka buruk terhadap orang lain. >> Kita akan berubah menjadi seorang yang begitu senang untuk meninggalkan solat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH >> Diri kita juga akan terdorong kepada aktiviti yang tidak sihat seperti, melakukan maksiat, mengambil pil-pil khayal dan sebagainya. >> Tanpa kita sedari, kita akan mudah gagal dalam kehidupan kita walau pelbagai usaha yang telah kita lakukan. >> Sesungguhnya mereka yang memakan makanan haram adalah mereka yang telah dihasut syaitan dan telah dipesongkan oleh orang-orang kafir.

Friday, June 26, 2009

HALAL Pork from Singapore

This is fresh pork certified HALAL by Singapore Islamic Council? Ha.. Ha.. Ha..

Thursday, June 25, 2009

Soal jawab bersama JAKIM

http://e-halal.hdcglobal.com/

Logo Halal selain dikeluarkan oleh Jakim/HDC atau Halal negeri sahaja diiktiraf dan sah, yang lain tidak diiktiraf sah akan kehalalannya.. ianya samada dibuat untuk keuntungan,menipu dsbnya.

Takrifan Halal: http://e-halal.hdcglobal.com/corporate.php?ID=109&parent_id=91

Pork Free = Tak Halal
Majoriti pemilik premis makanan, bukan Islam. Syarat Restoran/Premis Makan Halal buka kerna pekerja Islam bekerja di restoran/ food court itu, pekerja bertudung(ada yg masa berkerja sahaja bertudung). elok sebelum kita membeli tanya, siapa pemiliknya, ada sijil halal ke tak?
(Dave's Deli, Dome, Johnny's Restaurant, Uncle Lim's dan banyak lagi tidak pernah memohon untuk disemak barang makan/minum, sembelihan ayam/daging, bahan mereka halal.. mengapa kita masih menyokong mereka yang tidak prihatin terhadap kita?)


Senarai terkini syarikat yang telah mendapat pengesahan sijil halal daripada HDC.
http://e-halal.hdcglobal.com/maklumat_persijilan.php

Manhattan Fish Market (pemilik bukan Islam)
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=9452&a=U

Aduan :
Assalamualaikum, adakah premis restoran The Manhattan Fish Market. Contohnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.
Tarikh Aduan : 14/04/2009 - 01:28:47

Jawapan :
Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih
(Bagaimana dgn London Fish Tale yg juga dimiliki oleh tuanpunya Manhattan?hmm...)
-------------------------------------------------------------------------------------

Halal Islamic Council South East Asia (kalau tak sah, mengapa Jakim tidak mengambil tindakan, membiarkan sahaja Islamic Council dan lain-lain bermaharajalela sesuka hati menjual sijil Halal?)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php

Aduan : Asalamu'alaykum,

Saya ingin bertanya samada logo halal tu hanya di keluarkan oleh pihak HDC sahaja atau sebaliknya. Ini adalah kerana kebanyakkan premis restoran di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya mempamirkan logo halal "South east asia Islamic Council" yang beralamat di Taman Tun Dr Ismail, KL.
Ini mendatangkan banyak kemusykilan tentang kesahihan sijil halal yang dipamerkan.
Wasalam.
Tarikh Aduan : 23/03/2009 - 06:18:30

Jawapan :
Waalaikumsalam.. Terima Kasih kerana bertanya. Logo halal yang diiktiraf oleh pihak kerajaan hanyalah yang dikeluarkan oleh HDC & Jab Agama Islam negeri.Selain daripada itu tidak diiktiraf oleh kerajaan sama sekali.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=5865&a=U

Aduan : Adakah sah halal - kedai2/produk2 yang mempunya logo halal south east asia.
Tarikh Aduan : 20/07/2007 - 13:12:21

Jawapan : Salam, Badan Islam tersebut tidak diiktiraf JAKIM. Terima kasih.


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=6066&a=U

Aduan : Tuan,

Saya ada sedikit kemusykilan yang ingin diajukan kepada pihak tuan. Minggu lepas saya ke sebuah shopping kompleks (The Summit, Subang Jaya). Saya lihat ada beberapa kedai makan yang mempamerkan Logo HALAL daripada South East Asia Council...kedai makan seperti Mr. Teppanyaki, Station Kopitiam dan beberapa kedai lagi. Soalan saya, adakah Logo Halal dari SEA ini diiktirafkan di Malaysia?

Seperkara lagi, saya melihat ada 2 kedai makan yang mempamerkan Logo Halal tetapi tiada pengesahan kod & juga tanda JAKIM. Yang tertera di antara logo tersebut adalah Makanan Halal! Tanda tersebut begitu mengelirukan umat Islam.

Saya berharap pihak Jakim dapat membuat pemantauan ke atas kedai2 makan yang meletakkan tanda halal sewenang2nya untuk keuntungan pihak2 yang tertentu.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar
Hanis Abdul Halim

Tarikh Aduan : 27/08/2007 - 16:45:07

Jawapan :
Assalamualaikum... Berkenaan dengan pertanyaan saudari itu tentang premis yang menggunakan logo halal dari SEA itu, adalah perlu difahami oleh semua pengguna di Malaysia ini bahawa hanya JAKIM dan JAIN yang boleh mengeluarkan pengesahan halal ke atas premis-premis atau kilang yang berada di Malaysia. Logo halal selain dari JAKIM dan JAIN memang tidak diterima pakai dalam pengesahan halal. Bagaimanapun permohonan pengesahan halal adalah sesuatu yang sukarela dan bukan diwajibkan ke atas premis. Mereka berhak untuk menggunakan perbahasaan halal seperti 'di tanggung halal', 'no pork serve', 'tulisan halal jawi dalam bulatan' dan sebagainya di premis mereka selagi mana produk mereka tidak mengandungi bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak. Dari segi perundangan, memang tidak menjadi kesalahan untuk mereka mengguna pakai perbahasaan halal itu, tetapi jika mereka menggunakan bahan-bahan yang haram sedangkan dalam masa yang sama mereka mempamerkan perbahasaan halal, tindakan boleh di ambil ke atas premis tersebut. Sebagai pengguna islam, kita mempunyai pilihan dan pilihlah produk, premis dan sebagainya yang diyakini suci. Dan langkah yang paling bijak ialah dengan memilih produk atau premis yang ada logo halal Malaysia(JAKIM). Sekian, harap maklum.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=3459&a=U

Aduan : Salaam,

1. senarai aduan yang disediakan dlm website jakim tiada jawapan dr pihak jakim sendiri. patutkah kami percaya?

2. apa beza status halal yang di keluarkan jakim dan logo halal yang di keluarkan oleh 'islamic comitte of south east asia' yang berpusat di ttdi, kl di bawah bahtera lagenda?

sekian
Tarikh Aduan : 16/07/2006 - 15:18:10

Jawapan :
Saudara, 1. Kami akan menjawab semua soalan yang dikemukakan, namun tidak semestinya setiap jawapan akan disiarkan di laman web. 2. Pengesahan halal daripada badan pensijilan tersebut adalah tidak diiktiraf di Malaysia, kerana di negara ini pensijilan halal hanya dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN sahaja. s.a


Old Town White Coffee (pemilik bukan Islam,ayam/dagin & bahan dipersoalkan)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8741&a=U

Aduan : Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?
Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 17:32:23

Jawapan :
Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7433&a=U

Aduan : Diminta pihak Jakim dapat mengesahkan status kehalalan produk Old Town White Coffee 3 in 1 Classic (no. kod bar # 9555076303001) dan Old Town White Milk Tea 3 in 1 (no. kod bar # 9555076303018) yang dikilangkan oleh White Cafe Sdn. Bhd. dan beralamat di No. 1, Persiaran Tasek Timur 6, Taman Medan Bercham, 31400, Ipoh, Perak. Saya inginkan kepastian. Sekian dan terima kasih.
Tarikh Aduan : 27/04/2008 - 13:44:51

Jawapan : Salam, Syarikat tersebut bukanlah pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah. Oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM. Namun tidak dapat dipastikan sekiranya syarikat tersebut ada mendaftar halal dengan Jabatan Agama Negeri dan menggunakan logo halal Jabatan Agama Negeri. Terima kasih


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7427&a=U

Aduan : Assalam... ini kali ke2 saya membuat aduan berkenaa product Old Town white coffee yg di kilangkan oleh White Cafe Sdn Bhd. Saya telah menyemak di Halal Jakim untuk produk ini tp tidak terdapat pengesahan halal sedangkan di bungkusan minuman tersebut ada terdapat logo halal.
sila pihak jakim sahkan. sekian wassalam.
Tarikh Aduan : 25/04/2008 - 17:37:11

Jawapan : Salam, Syarikat tersebut merupakan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Harap maklum


Chicken Rice Shop (pemilik bukan Islam)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8731&a=U

Aduan : Assalammualaikum...saya ingin tanya kepada pihak jakim...kedai CHICKEN RICE SHOP adakah halal untuk umat islam makan makanan di kedai itu?
Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 01:28:11

Jawapan : Assalamualaikum.. The Chicken Rice Shop (TCRS) mendapat pengesahan halal Malaysia.Kesemua outlet dan dapur utama telah mendapat pengesahan halal. Syarikat ini dedikasi di dalam mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia. Sekian, terima kasih


JC Donut & Big Apple Donut (pemilik bukan Islam, bahan dipersoalkan)

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=9519&a=U

Aduan : adakah KEnny Roagers mendapat sijil Halal dari pihak Jakim?begitu juga dgn Big Apple@Donut J Co?
Tarikh Aduan : 27/04/2009 - 00:53:42

Jawapan : Salam, Kenny Rogers dibawah syarikat Berjaya telah mempunyai sijil halal sejak Jakim lagi hingga sekarang ini. Untuk Big Apple@Donut J Co, mereka masih belum mempunyai sijil halal dari Jakim mahupun HDC. Sekian Terima Kasih


http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7025&a=U

Aduan : Assalamualaikum. Saya ingin bertanya status HALAL pruduk J.CO Donuts yang terdapat di PAVILLION K.Lumpur

Tiada logo HALAL atau status NON-HALAL. Ramai orang Islam pergi beli.
Tarikh Aduan : 19/02/2008 - 14:22:00

Jawapan : Wassalam, JAKIM tidak dapat memastikan statusnya kerana premis tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal JAKIM yang sah dan tiada rekod di dalam sistem JAKIM. Pengguna digalakkan menggunakan produk yang mempunyai pengesahan halal JAKIM kerana JAKIM sentiasa memantau dan memeriksa syarikat pengeluar tersebut dari masa ke semasa. Terima kasih.


Lot100 gummy, Cocopie, London Choco Roll

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7432&a=U

Aduan : Harap dapat periksa kembali sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat cocoaland yang mengeluarkan lot100 gummy yang dijual berleluasa dengan harga yang murah. kandungannya meragukan kerana mengandungi GELATIN yang ditulis HALAL. harap dapat perhatian.
Tarikh Aduan : 27/04/2008 - 11:48:48

Jawapan : Salam, Hasil pemeriksaan kami, kami dapati gelatine yang digunakan adalah dari Halagel yang mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Namun jika terdapat aduan lengkap yang menyatakan syarikat tersebut ada menggunakan sumber gelatine selain yang diisytiharkan, pihak JAKIM akan mengambil tindakan.Terima kasih.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7380&a=U

Aduan : Asalamualaikum,
Saya telah terbeli Coklat MUM's BAKE - COCOPIE

Kandungannya tercatit Gelatine Bovine Source. Maknanya punca dari lembu. Macamana JAKIM boleh berikan sijil halal? Tertera di pembalut dan kotak loga halal Malaysia

Barcode: 9 556296 300993
Dibuat oleh:
CCOCOALAND INDUSTRY SDN BHD (203954-X), LOT 5, RAWANG, SELANGOR,MALAYSIA, 480000,RAWANG SELANGOR MALAYSIA
TEL 0360913131 FAX 03 60915131

Harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Terima kasih.
Tarikh Aduan : 19/04/2008 - 15:51:34

Jawapan : Salam, Gelatine yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah halal kerana ia diperolehi dari Halagel yang sememangnya disahkan halal. Sumber gelatine tidak semestinya haram kerana dari sumber bovine yang telah disahkan sembelihannya mengikut syarak adalah halal dimakan.Syarikat tersebut juga menjalani pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan syarikat tersebut mematuhi prosedur pensijilan halal.Terima kasih.

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8822&a=U

Aduan : Snek kanak-kanak kek cokelat London Choco Roll di bawah syarikat LONBISCO pembungkus berwarna ungu mengandungi Emulsifier kod E471 yg saya difahamkan mengandungi lemak babi.

Namun, produk ini mengandungi logo halal & sedang rancak diiklankan di televisyen.

Mohon pihak anda untuk menyiasat tentang perkara ini & sekiranya tidak halal untuk dimakan oleh umat Islam, tolong wartakan segera agar kandungan haram tersebut tidak menjadi darah daging Muslim.

Sekiranya pemahaman saya tentang E471 tersebut salah, usah diperbesarkan hal ini & maklumkan saya melalui emel di atas.

Sekian, terima kasih di atas kerjasama anda.
Tarikh Aduan : 19/12/2008 - 15:55:47

Jawapan : Assalamualaikum LONDON BISCUITS BERHAD adalah pemegang sijil halal HDC, tempoh sah sijil sehinggga 15/07/2009 E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) . Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Terima kasih.


Produk Ayam AA

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=8998&a=U

Aduan : Saya ada mendapat email menyatakan produk Ayam AA ditarik balik status halal. Adakah dakwaan itu benar dan saya minta kekeliruan ini dihebahkan kerana satakat ini saya tidak dapat mencari laporan yang official mengenainya. Saya cuba cari di direktori tetapi tiada yang berkaitan produk Ayam AA.
Tarikh Aduan : 14/01/2009 - 00:43:53

Jawapan : Produk Ayam AA telah ditarik sijil halal oleh Jab Agama Islam Negeri Perak. Pihak Jakim/HDC tidak mengeluarkan sijil halal untuk syarikat tersebut.Jab Agama Islam yang mengeluarkan sijil halal untuk syarikat Ayam AA. Terima kasih


Keju Chesdale

http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=7090&a=U

Aduan : Assalamu'alaykum...........boleh saya pastikan chesdale da keluaran new zealand yang menggunakan bahan rennet adalah halal atau tidak kerana sudah tersebar mengatakan bahan ini yang digunakan untuk membekukan cheese adalah menggunakan bahan dari bahagian khinzir............
Tarikh Aduan : 03/03/2008 - 14:54:47

Jawapan : Wassalam, Jenama keju yang tuan nyatakan telah mendapat pengesahan halal dari Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM. Malaysia tiada pengeluar keju.JAKIM hanya memberi pengesahan halal terhadap produk tempatan bagi melancarkan proses pemeriksaan dan pemantauan. Namun bagi produk luar negara, terdapat beberapa Badan Islam luar negara yang diiktiraf. Untuk mengetahui senarai Badan Islam tersebut, sila lawati laman web halal JAKIM. Terima kasih.

Sushi King
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=6616&a=U

Aduan : saya adalah pelanggan tetap di restoren jepun Sushi King sdn bhd. saya kerap bertandang ke tempat tersebut hampir setiap hujung minggu. baru-baru ini saya mendapat kejutan dari pekerja premis tersebut yang beragama islam memaklumkan kepada saya yang terdapat makanan di premis tersebut adalah tidak halal kerana mengandungi sejenis arak iaitu mirin. selain itu, status bahan mentah seperti ayam dan daging juga diragui kehalalannya kerana paket membungkus dari pengilang tidak tertera logo halal dari jakim. dan juga produk beasaskan ikan , ikan sebelah dan belut juga idkhuatiri tidak halal kerana produk tersebut ialah produk siap dari kilang. mendengarkan berita ini saya merasa sungguh terkejut, dan bila diperhatikan tiada sebarang logo halal ditampal di tempat tersebut. terdetik dalam hati saya bagaimanakah sekiranya makanan ini tidak halal. bagaimana dengan beribu orang islam yang menjadi pelanggan seperti saya ini. kebetulan pada masa itu terdapat satu keluarga yang berpakaian berserban berjubah dan berpurdah turut menjadi pelanggan. saya mohon agar perkara ini dapat disiasat oleh pihak tuan bagi membebaskan umat islam dari perkara haram ini.
Tarikh Aduan : 01/11/2007 - 11:17:51

Jawapan : Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum.

Wednesday, June 24, 2009

Selatan Thai.....

Tak jauh dekat sahaja dengan kita, apa boleh kita buat? Derma Gaza boleh kita lancarkan! Walaupun jauh beribu batu! Untuk saudara kita di selatan Thai apa pula?














Wednesday, June 17, 2009

Kelas Mingguan -16 Jun 2009

PJS Hj Marjuni (Slot Pengenalan Syarikat)

Herbalis Ahmad Sobri (Produk Teh Tropika)

Herbalis Baru! Saudara Manan berkongsi pengalaman selama mengikuti kursus herbalis ke-16.


Tuesday, June 16, 2009

Tahniah kepada Saudara Manan

Tahniah dan syabas kepada Saudara Manan, salah seorang ajk komuniti HPA Ampang! yang kini bergelar herbalis, beliau baru menamatkan kursus sijil herbalis yang ke 16 pada 31hb Mei 2009! Moga-moga dengan ilmu yang ada dapat membantu pada mereka yang memerlukan.