Thursday, March 26, 2009

RFC Cawangan Shahab Perdana Alor Setar


RFC-milik kita umat islam


Radix Kids Delight menu untuk anak-anak.

Staff-staff RFC yang sentiasa tersenyum melayan pelanggan.


Hiasan dalaman yang menarik.


Di antara menu-menu RFC.


Lagi hiasan dalam yang menarik...


Permandangan dari tingkat atas.


Suasana yang tenang dan selesa.


Nymmmm....sedapnye, anak-anak Generasi RFC! Kami! ibu-bapa akan pastikan makanan yang halal dan berkat untuk mereka! Selamat Tinggal Yahudi!

*Ini merupakan kunjungan kali pertama salah seorang ahli komuniti HPA Ampang ke RFC.

Tuesday, March 17, 2009

Kerjasama dengan Hotel De Palma

Pertemuan Pengarah Urusan dan team HPA selama lebih dua jam bersama Datuk Elyas, Group General Manager De'Palma Hotel telah mewujudkan satu persefahaman dan kehafaman tentang niat dan matlamat masing-masing. Satu kesedaran tentang permasalahan ummah Islam mengenai penguasaan ekonomi menjadi tajuk yang hangat diperbincangkan dan penyelesaian perlu diwujudkan. Satu titik persamaan dalam membangunkan perniagaan berlandaskan syariah jelas wujud dimata hati masing-masing.Perbincangan yang berlangsung pada 9 Mac yang lalu akhirnya membuahkan satu persepakatan. HPA dan Rangkaian De'Palma Hotel akan mewujudkan satu kerjasama yang disebut sebagai 'affiliate system'. ini bermakna, semua pemegang kad keahlian HPA akan layak menikmati diskaun tertentu ketika menginap dan makan di restoren-restoren kepunyaan De'Palma. Bukan itu sahaja... ada nilai mata.
KPJ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada pada 26hb ini akan diadakan di De'Palma Hotel Ampang sebagai tanda meraikan kerjasama yang telah dipersetujui. Dan yang 'special'nya prog KPJ pada kali ini, kita akan memulakan program dengan solat Isya' berjemaah di Surau Nurul Hikmah di tingkat 3 hotel tersebut. Yang membanggakan kita surau tersebut merupakan Surau di Hotel yang pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan untuk mengadakan solat Jumaat.

Sumber :http://bizdevhpa.blogspot.com

Tuesday, March 10, 2009

Suci Sekeping Hati...

Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang....

Friday, March 6, 2009

Pra-PIC @ HPA Ampang, 22 March 2009

Assalamualaikum,

Program Pra -PIC adalah program yang di anjurkan oleh Unit Perubatan JAWI, Kelab Pemimpin Al-Wahida. Program ini adalah program lanjutan daripada program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

Kepada mereka yang telah menghadiri program perkongsian bijak Cemerlang (PBC) di jemput untuk menghadiri program Pra-PIC untuk menambahkan Ilmu mengenai perawatan dan produk HPA. Semua modul-modul akan di sampaikan oleh Herbalis HPA.

Antara modul yang di bincangkan di dalam program ini adalah;


1. Pengenalan Perubatan Jawi (PPJ)
2. Diagnosa Tapak Tangan Asas Ke-2
3. Pengetahuan Produk Pilihan; Teh Herba, Malac, Herba Tuju Angin & Roselle
4. Diagnosa Tapak Tangan Asas Ke-2
5. Motivasi

Program: Pra PIC
Tarikh: 22 March 2009
Masa: 09:00 Pagi - 5:00 Petang
Tempat: HPA Cawangan Ampang
Bayaran: RM 50
Penyertaan: Terbuka pengedar yang telah menghadiri PBC dan Agen Stok.
Tempat terhad kepada 40 pendaftaran terawal dan membuat bayaran;

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu. Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Nazri - 012-3837278

Isikan Borang Penyertaan PRA-PIC Di Sebelah:

Wassalam

Wednesday, March 4, 2009

Tuesday, February 10, 2009

Aktiviti

Kelas Pemasaran dan Penajaan
Tarikh : 14 February 2009 (Sabtu)
10.00 pagi hingga 4.00 petang
Bertempat di Dewan HPA Cawangan Ampang
Yuran RM30.00
Pendaftaran, sila hubungi En. Manan 013-2330012/Nadzrah 012-2130373
Modul-modul yang di sediakan
Tajuk: Pengenalan Asas
  1. Bagaimana bermula perniagaan
  2. Pelan Pemasaran HPA
  3. Bagaimana bermula
  4. Closing Power

Tajuk: Penajaan di Pejabat

  1. Langkah sebelum memulakan penajaan
  2. Persediaan mental dan fizikal
  3. Persembahan perniagaan

Friday, January 23, 2009

RFC Menjadi Bualan Hangat!

RFC kini menjadi bualan hangat di ruangan forum di laman web terkenal masa kini, berikut adalah diantara komen-komen dari ahli forum.

"Radix Fride Chicken kena ambil tindakan Pastas!! Buka cawangan2 diseluruh negara, setiap negeri semestinya ada Jutawan HPA. Korang kena amik perhatian ini bersungguh. Kita boikot KFC dan Mc Donald tetapi kita masih tiada alternatif lain yang menyayingi mereka. Aku seru kepada Tan Sr Mohd Ali Hashim selaku tokey KFC, mengubah pendirian dan membantu produk-produk tempatan dari menaungi restoran-restoran. RFC boleh ganti KFC McDonald boleh ganti MdDolah Pizza Hut boleh ganti Pizza Hati Coca Cola boileh ganti Radix Cola Kalau tak nak keluaran HPA pun takperlah, asalkan dari negara kita sendiri." (Komen oleh ibnuali)

"Mawar bantah kalau ada orang tak setuju KFC digantikan dengan RFC.He he he he" (Komen oleh Mawar)

"Berminat dengan perniagaan franchise RFC? Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa. Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran. Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal, bebas dari penggunaan antibiotik, bebas dari penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan. RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis. Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di “franchise” kepada ahli-ahli HPA yang berminat menerusi 2 pakej iaitu: 1. pakej pertama : RM 1 juta 2. Pakej kedua : RM 500 ribu. Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia. InsyaAllah. Mereka yang berminat boleh hubungi 013-5309717 (Hj Fisal) untuk pertanyaan lanjut"

"senang2, join je r hpa.. cam aku.. huhu" (Komen oleh Kronology)