Thursday, August 13, 2009

Iklan nak menyesatkan orang Islam!


Klik gambar untuk besarkan.

Kisah Ketam

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagitu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cinayang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjukmana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalambekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasitutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dankasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semuaketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kakiketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lainbiar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajaryang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orangcina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam manaboleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

Wednesday, August 12, 2009

Memalukan Islam!!!

Muslim priests at 900-year-old Shiva temple in Kashmi

Ghulam Hassan, who takes care of the Shiva temple in Pahalgam.Pahalgam (Jammu and Kashmir): Situated on the banks of the icy Lidder river, a 900-year-old Shiva temple is the only Hindu shrine in the Kashmir valley which has Muslim priests.
After the migration of Kashmiri Pandits from a nearby village, two Muslim priests -- Mohammad Abdullah and Ghulam Hassan -- kept the doors of the Mamalaka temple open and the bells tolling.
"We not only took care of the temple but also held aarti everyday," Ghulam Hassan said.
Besides ensuring the safety of the 3-foot-long black stone shivaling, Abdullah and Hassan have ensured that no devotee who visits the shrine goes without prasad even for one day.
Built by Raja Jai Suria, the temple was once a compulsory stopover for pilgrims going to the Amarnath cave shrine in the South Kashmir Himalayas.
The temple was for long run by a local association of Kashmiri Pandits headed by Pandit Radha Krishen.
After Radha Krishen's migration from Kashmir in 1989, the temple became the property of the state archaeology, archives, and museum department and a protected monument.

While leaving, Radha Krishen gave charge of the temple to his friend Abdul Bhat, a Muslim, and asked him to keep the gates of the temple open. Keeping the promise, Bhat took care of the temple till his transfer from the area in 2004.
After that Mohammad Abdullah and Ghulam Hassan were entrusted with the task of maintaining the temple.
"We have faith in Lord Shiva," Ghulam Hassan said. "We not only maintained the temple and undertook repairs, but also ensured that the temple remains fully functional despite threats from militants.
"We have fulfilled our task of guarding this shrine for Kashmiri Pandits. It is theirs. We wish they return and take back control of the temple."
The temple, which has images of Ganesh, Parvati, and Hanuman carved in stone, also houses a natural spring.
Abdullah and Hassan said the number of Hindu devotees to the temple has increased slightly in the past four years. These include some Kashmiri Pandit families who had left the area and come visiting once a year, as well as tourists.

Monday, August 10, 2009

Konvek 1 Bulan-Hadiah Pasti Bermula dari 1 Nilai Mata


Dah mati baru merasa naik Toyota MPV

Anda hendak naik MPV Toyota selepas mati atau memiliki MPV Toyota sebelum mati? Pilihan di tangan anda!

Saturday, August 8, 2009

Info Tentang Kelas RON Petrol

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan mengekses website?