Fakta Benar Tentang Bahaya Roti Written by man kibung Friday, 14 November 2008
Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS - Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis rotiyang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan olehundang-undang.Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik,dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a). Dalam ujian CAP ke atas 50sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan haduntuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg(lihat jadual untuk keterangan lanjut).Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripadaGardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.More News, click read moreGardeniaSebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai 1/ 5
Fakta Benar Tentang Bahaya RotiWritten by man kibung Friday, 14 November 2008 00:24 asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yangdibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006)dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru(Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi(ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebihtinggi (ujian 2005). Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti KrimCoklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan GardeniaRoti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.High 5Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebihtinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kalilebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asidpropionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. BanHigh 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.Roman Meal Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & OatBran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebihtinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.Roti Pasar RayaKami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tescodan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi. Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. TescoWhite Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang. The Four Leaves English ToastBread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih2 / 5Fakta Benar Tentang Bahaya RotiWritten by man kibungFriday, 14 November 2008 00:24tinggi. Rangkaian Makanan SegeraKami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.Kedai Roti TempatanRoti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Rotiitu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dariIsmalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji iniadalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadisecara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan airminuman untuk ternakan. Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakarkering. Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain.Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberitumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak.Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif,demikian menurut kepada kajian.Tiada Penguatkuasaan Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan penggunaakan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amattinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang3 /
5Fakta Benar Tentang Bahaya RotiWritten by man kibungFriday, 14 November 2008 00:24 sepenuhnya. Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakankesihatan kita.Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikatyang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi denganberterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaranSeptember- Oktober 2006 di pasaran sekarang.APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiranpembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu. Dikebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar,sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama,industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan 4 /
5Fakta Benar Tentang Bahaya Roti Written by man kibungFriday, 14 November 2008 00:24enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").Roti hari ini juga menjadi semakin lembut - mengandungi lebih banyak air dankurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalahmakanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apakesannya kepada kesihatan anda."Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadisains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajianterbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."(Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth AboutBread," 29 Ogos 2006).5 / 5
Tembikai
-
Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya
makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai
pewangi,pembersih...
11 years ago