Tuesday, November 3, 2009

Kapsul ubat gelatin babi dicop halal


Nov 2, 09 5:01pm Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir. Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan. "Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu. "Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini. Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas. "Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal. Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat. Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir. Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA

Tuesday, October 20, 2009

BAHAYA ROTI

Fakta Benar Tentang Bahaya Roti Written by man kibung Friday, 14 November 2008

Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS - Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis rotiyang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan olehundang-undang.Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik,dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a). Dalam ujian CAP ke atas 50sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan haduntuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg(lihat jadual untuk keterangan lanjut).Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripadaGardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.More News, click read moreGardeniaSebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai 1/ 5
Fakta Benar Tentang Bahaya RotiWritten by man kibung Friday, 14 November 2008 00:24 asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yangdibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006)dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru(Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi(ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebihtinggi (ujian 2005). Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti KrimCoklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan GardeniaRoti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.High 5Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebihtinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kalilebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asidpropionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. BanHigh 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.Roman Meal Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & OatBran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebihtinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.Roti Pasar RayaKami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tescodan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi. Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. TescoWhite Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang. The Four Leaves English ToastBread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih2 / 5Fakta Benar Tentang Bahaya RotiWritten by man kibungFriday, 14 November 2008 00:24tinggi. Rangkaian Makanan SegeraKami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.Kedai Roti TempatanRoti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Rotiitu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dariIsmalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji iniadalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadisecara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan airminuman untuk ternakan. Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakarkering. Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain.Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberitumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak.Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif,demikian menurut kepada kajian.Tiada Penguatkuasaan Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan penggunaakan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amattinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang3 /

5Fakta Benar Tentang Bahaya RotiWritten by man kibungFriday, 14 November 2008 00:24 sepenuhnya. Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakankesihatan kita.Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikatyang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi denganberterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaranSeptember- Oktober 2006 di pasaran sekarang.APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiranpembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu. Dikebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar,sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama,industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan 4 /
5Fakta Benar Tentang Bahaya Roti Written by man kibungFriday, 14 November 2008 00:24enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").Roti hari ini juga menjadi semakin lembut - mengandungi lebih banyak air dankurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalahmakanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apakesannya kepada kesihatan anda."Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadisains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajianterbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti."(Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth AboutBread," 29 Ogos 2006).5 / 5

Monday, October 19, 2009

Qur'anic verses appear on Dagestani (Russian)baby's body



Qur'anic verses have reportedly appeared on the body of a nine-month old boy named Ali from the Russian Republic of Dagestan.
Since his birth, birthmarks in the form of Arabic script have been appearing on Ali's body. First, there were individual letters but then texts began appearing, the Russian-language Vesti news channel quoted his parents as saying on Thursday.
"First, there was a hematoma on his chin. When the bruise went off, we saw the word "Allah," Ali's mother Madina Yakubova said.
Surprisingly, one of the baby's legs has an inscription, "Allah is the creator of all entities."
The TV channel reported that Ali was first diagnosed with "ischemic heart disease of the second degree" and "infantile cerebral paralysis" in the maternity clinic. However, after the inexplicable events began happening, he was examined again and found healthy.
The incident has been drawing hundreds of Dagestani Muslims to Ali's home everyday, prompting local authorities to guard the house round-the-clock.

Khas Untuk Pengemar Asam Masin

Health Info : Lead (Plumbum) in Prunes (dried fruit made in China) - From Ministry of Health (Malaysia) Lead is used in building construction, lead-acid batteries, bulletsand shot, weights, and is part of solder, pewter, fusible alloys andradiation shields. Lead has the highest atomic number of all stableelements, although the next element, bismuth, has a half-life so long(longer than the estimated age of the universe) it can be consideredstable. Like mercury, another heavy metal, lead is a potent neurotoxinthat accumulates in soft tissues and bone over time. Lead poisoningwas documented in ancient Rome, Greece, and China. Lead is a poisonous metal that can damage nervous connections(especially in young children) and cause blood and brain disorders.Lead poisoning typically results from ingestion of food or watercontaminated with lead; but may also occur after accidental ingestionof contaminated soil, dust, or lead based paint. Long-term exposure tolead or its salts (especially soluble salts or the strong oxidantPbO2) can cause nephropathy, and colic-like abdominal pains. Theeffects of lead are the same whether it enters the body throughbreathing or swallowing. Lead can affect almost every organ and systemin the body. The main target for lead toxicity is the nervous system,both in adults and children. Long-term exposure of adults can resultin decreased performance in some tests that measure functions of thenervous system. It may also cause weakness in fingers, wrists, orankles. Lead exposure also causes small increases in blood pressure,particularly in middle-aged and older people and can cause anemia.Exposure to high lead levels can severely damage the brain and kidneysin adults or children and ultimately cause death. In pregnant women,high levels of exposure to lead may cause miscarriage. Chronic,high-level exposure in men can damage the organs responsible for spermproduction.

Friday, September 11, 2009

RUMAH KASIH HARMONI

Komiti HPA Ampang telah dilantik oleh pengurusan Rumah Kasih Harmoni iaitu Ustaz Zahari dan Puan Rohani untuk mewakilkan atas apa jua urusan berkaitan dengan kebajikan RKH yang bertempat di Bandar Country Homes Rawang,



RKH mempunyai bilangan dalam 20 orang kanak-kanak yang berusia dari 3 hingga ke 6 tahun. Demi untuk mendapatkan pendapatan tetap bulanan seperti perbelanjaan bil air, api dan lain-lain keperluan untuk anak-anak tersebut dan memandangkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, HPA Komiti Ampang yang diwakili oleh Puan Hairunizah selaku pengerusi komiti dan En. Rahman telah mendaftarkan RKH sebagai ahli HPA. Apa jua pembelian atas no. keahlian RKH, iaitu berupa nilai mata yang mana pemberian bonus oleh HPA, akan turut sama dirasai oleh anak-anak ini.

Disamping itu juga kami Komiti HPA Ampang ingin menyeru setiap lapisan ahli HPA, agar dapat menyumbang sambil membeli, iaitu dengan hanya membeli baju kurung berharga RM39.90! Sumbangan anda dapat menceriakan hati anak-anak tanpa ibu-bapa ini, sempena Aidilfitri tidak lama lagi. Anak-anak ini akan berada di HPA Cawangan Ampang pada hari 5.00 petang Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430, marilah kita bersama-sama mereka untuk memeriahkan lagi majlis.

Antara produk pilihan untuk disumbangan nilai mata kepada RKH adalah seperti Spirulina, Omega 3 Softgel, Kapsul Roselle, Kapsul IMT, Kapsul Habbatus Sauda, Kopi Radix (Jumbo), Koko Radix, Radix Cereal, Madu Asli dan EQ Minda.

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Puan Hairunizah Othman 017-2566813

En. Abdul Rahman Ahmad 019-2826359

Ustaz Zahari (RKH) 013-3303430

Monday, September 7, 2009

Aktiviti Komuniti HPA Ampang

Majlis berbuka puasa, tahlil dan penyerahan baju dan duit raya untuk anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni
Tarikh : 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430H
Jam : 5.30 Petang
Tempat : Dewan HPA Cawangan Ampang
Semua ahli-ahli HPA dijemput hadir

Friday, September 4, 2009

Denmark akan bakar Quran



Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja !!!!! Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.
Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka , menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal.Denmark semakin terdesak Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya..Marilah kita jadikan mereka menyesalinya. Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro. Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro.Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan. Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda-sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark.

Thursday, August 27, 2009

Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis


Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.
Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.

Still drinking coke?

Thursday, August 20, 2009

Monday, August 17, 2009

MAJLIS PELANCARAN KAD VIP KHAS UNTUK PJS

Tarikh: 20 Ogos, 2009 Masa: 2:00 ptg
Tempat: Hotel De Palma Ampang
AGENDA:
1- PELANCARAN KAD VIP KHAS UNTUK PJS.
2- PERASMIAN KIOSK HPA OLEH TUAN HJ ISMAIL BIN HJ AHMAD.
SEMUA PENGEDAR DI JEMPUT HADIR.
SEMUA PJS LEMBAH KLANG WAJIB HADIR.

Friday, August 14, 2009

Pesakit HIV Islam Di Gereja

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya….. Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

GEREJA UNTUK PESAKIT HIV

LUAR GEREJA
Saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.
Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.
Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.
Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.
Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.
Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,
"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,
"Imam masjid sebelah selalu datang"
Hati saya menyapa:-
Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"
"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."
Hati saya menyapa:-
"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."
Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?
Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?
"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-
"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."
Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-
"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"
Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.
Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-
"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."
Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,
"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.
Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-
"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-
"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."
Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.
Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.
Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.
InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.
Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin…

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights

Ustaz Asri: 'Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku'


Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog Ustaz Asri
BELASUNGKAWA
USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.
Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.
Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani.blogspot.com) setiap patah perkataan bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."
Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.
Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.
Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa kehilangan.
Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."


TINGGAL KENANGAN...Saat-saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.
Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.
Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "
Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan.

Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
KUMPULAN RABBANI

Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".
Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep yang berbeza.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.
Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.
Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik.
Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta nama dalam bidang perniagaan.
PENGHASILAN ALBUM
Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut

Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat 200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal 200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)
1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat


ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular 20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006
ANUGERAH ERA
1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu
ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM
1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena
ANUGERAH NASYID MINGGU INI
1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo Terbaik 2006
RINTIHAN ZIKRULLAH
Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.
Justru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.
Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.
Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya.
Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.
"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.
Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.
Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain.
Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
Sumber Mstar Online

Thursday, August 13, 2009

Iklan nak menyesatkan orang Islam!


Klik gambar untuk besarkan.

Kisah Ketam

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagitu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cinayang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjukmana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalambekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasitutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dankasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semuaketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kakiketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lainbiar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajaryang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orangcina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam manaboleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

Wednesday, August 12, 2009

Memalukan Islam!!!

Muslim priests at 900-year-old Shiva temple in Kashmi

Ghulam Hassan, who takes care of the Shiva temple in Pahalgam.Pahalgam (Jammu and Kashmir): Situated on the banks of the icy Lidder river, a 900-year-old Shiva temple is the only Hindu shrine in the Kashmir valley which has Muslim priests.
After the migration of Kashmiri Pandits from a nearby village, two Muslim priests -- Mohammad Abdullah and Ghulam Hassan -- kept the doors of the Mamalaka temple open and the bells tolling.
"We not only took care of the temple but also held aarti everyday," Ghulam Hassan said.
Besides ensuring the safety of the 3-foot-long black stone shivaling, Abdullah and Hassan have ensured that no devotee who visits the shrine goes without prasad even for one day.
Built by Raja Jai Suria, the temple was once a compulsory stopover for pilgrims going to the Amarnath cave shrine in the South Kashmir Himalayas.
The temple was for long run by a local association of Kashmiri Pandits headed by Pandit Radha Krishen.
After Radha Krishen's migration from Kashmir in 1989, the temple became the property of the state archaeology, archives, and museum department and a protected monument.

While leaving, Radha Krishen gave charge of the temple to his friend Abdul Bhat, a Muslim, and asked him to keep the gates of the temple open. Keeping the promise, Bhat took care of the temple till his transfer from the area in 2004.
After that Mohammad Abdullah and Ghulam Hassan were entrusted with the task of maintaining the temple.
"We have faith in Lord Shiva," Ghulam Hassan said. "We not only maintained the temple and undertook repairs, but also ensured that the temple remains fully functional despite threats from militants.
"We have fulfilled our task of guarding this shrine for Kashmiri Pandits. It is theirs. We wish they return and take back control of the temple."
The temple, which has images of Ganesh, Parvati, and Hanuman carved in stone, also houses a natural spring.
Abdullah and Hassan said the number of Hindu devotees to the temple has increased slightly in the past four years. These include some Kashmiri Pandit families who had left the area and come visiting once a year, as well as tourists.

Monday, August 10, 2009

Konvek 1 Bulan-Hadiah Pasti Bermula dari 1 Nilai Mata


Dah mati baru merasa naik Toyota MPV

Anda hendak naik MPV Toyota selepas mati atau memiliki MPV Toyota sebelum mati? Pilihan di tangan anda!

Saturday, August 8, 2009

Info Tentang Kelas RON Petrol

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan mengekses website?