Tuesday, March 17, 2009

Kerjasama dengan Hotel De Palma

Pertemuan Pengarah Urusan dan team HPA selama lebih dua jam bersama Datuk Elyas, Group General Manager De'Palma Hotel telah mewujudkan satu persefahaman dan kehafaman tentang niat dan matlamat masing-masing. Satu kesedaran tentang permasalahan ummah Islam mengenai penguasaan ekonomi menjadi tajuk yang hangat diperbincangkan dan penyelesaian perlu diwujudkan. Satu titik persamaan dalam membangunkan perniagaan berlandaskan syariah jelas wujud dimata hati masing-masing.Perbincangan yang berlangsung pada 9 Mac yang lalu akhirnya membuahkan satu persepakatan. HPA dan Rangkaian De'Palma Hotel akan mewujudkan satu kerjasama yang disebut sebagai 'affiliate system'. ini bermakna, semua pemegang kad keahlian HPA akan layak menikmati diskaun tertentu ketika menginap dan makan di restoren-restoren kepunyaan De'Palma. Bukan itu sahaja... ada nilai mata.
KPJ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada pada 26hb ini akan diadakan di De'Palma Hotel Ampang sebagai tanda meraikan kerjasama yang telah dipersetujui. Dan yang 'special'nya prog KPJ pada kali ini, kita akan memulakan program dengan solat Isya' berjemaah di Surau Nurul Hikmah di tingkat 3 hotel tersebut. Yang membanggakan kita surau tersebut merupakan Surau di Hotel yang pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan untuk mengadakan solat Jumaat.

Sumber :http://bizdevhpa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment