Friday, September 11, 2009

RUMAH KASIH HARMONI

Komiti HPA Ampang telah dilantik oleh pengurusan Rumah Kasih Harmoni iaitu Ustaz Zahari dan Puan Rohani untuk mewakilkan atas apa jua urusan berkaitan dengan kebajikan RKH yang bertempat di Bandar Country Homes Rawang,



RKH mempunyai bilangan dalam 20 orang kanak-kanak yang berusia dari 3 hingga ke 6 tahun. Demi untuk mendapatkan pendapatan tetap bulanan seperti perbelanjaan bil air, api dan lain-lain keperluan untuk anak-anak tersebut dan memandangkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, HPA Komiti Ampang yang diwakili oleh Puan Hairunizah selaku pengerusi komiti dan En. Rahman telah mendaftarkan RKH sebagai ahli HPA. Apa jua pembelian atas no. keahlian RKH, iaitu berupa nilai mata yang mana pemberian bonus oleh HPA, akan turut sama dirasai oleh anak-anak ini.

Disamping itu juga kami Komiti HPA Ampang ingin menyeru setiap lapisan ahli HPA, agar dapat menyumbang sambil membeli, iaitu dengan hanya membeli baju kurung berharga RM39.90! Sumbangan anda dapat menceriakan hati anak-anak tanpa ibu-bapa ini, sempena Aidilfitri tidak lama lagi. Anak-anak ini akan berada di HPA Cawangan Ampang pada hari 5.00 petang Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430, marilah kita bersama-sama mereka untuk memeriahkan lagi majlis.

Antara produk pilihan untuk disumbangan nilai mata kepada RKH adalah seperti Spirulina, Omega 3 Softgel, Kapsul Roselle, Kapsul IMT, Kapsul Habbatus Sauda, Kopi Radix (Jumbo), Koko Radix, Radix Cereal, Madu Asli dan EQ Minda.

Untuk keterangan lanjut, hubungi

Puan Hairunizah Othman 017-2566813

En. Abdul Rahman Ahmad 019-2826359

Ustaz Zahari (RKH) 013-3303430

No comments:

Post a Comment